Cadangan keluar Barisan Nasional Pertubuhan_Kinabalu_Progresif_Bersatu

Pada 17 September 2008, Presiden Parti Maju Sabah (SAPP), Datuk Yong Teck Lee mengumumkan SAPP keluar dari gabungan Barisan Nasional (BN). UPKO juga mahu keluar dari Barisan Nasional. Presiden UPKO dan Ahli Parlimen Penampang, Tan Sri Bernard Dompok menafikan UPKO hendak keluar dari BN. Tindakan ini ada kaitan dengan isu kerakyatan dan proses pendaftaran untuk mendapatkan MyKad.

Cara Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) menukar kad pengenalan Yong Lee Hua dari biru kepada merah bagaikan merampas kewargaan rakyat tempatan . Wanita Cina-Kadazan berusia 78 tahun itu kehilangan IC di sebuah pasar raya di Penampang tahun 2007. Timbalan Presiden UPKO, Datuk Wilfred Bumburing mengkritik JPN mengeluarkan MyKad kepada imigran Indonesia dan Filipina menerusi Deklarasi Berkanun palsu.[2] Rakyat tempatan sukar mendapatkan MyKad sedangkan imigran asing mudah mendapatkannya.